Wednesday, September 14, 2011

Pantang Larang Ketika Mengandung!

Dalam masyarakat Melayu terdapat beberapa pantang larang yang masih lagi menjadi ikutan..

Wanita-wanita hamil dilarang dari melakukan perkara-perkara berikut:

· Dilarang mencaci atau mengumpat, membuat fitnah, iri hati juga bergaduh terutamanya dengan ibu mertua. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak. Yang sebenarnya, tujuannya larangan di sini adalah untuk melahirkan rasa hormat kepada orang tua da selalunya ibu mertua turut menjaga dan membantu sewaktu dalam pantang.

· Dilarang memaku, memahat dan menggali lubang. Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat anggota badan.

· Dilarang keluar rumah pada waktu petang atau senja kerana dikhuatiri hantu akan menggusiknya.

· Hendaklah menjauhi pergaulan dengan orang yang tidak jujur atau rendah maruahnya, kerana dipercayai ini akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir.

· Dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan cacat atau berkulit gelap.

· Dilarang duduk di anak tangga kerana dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak melahirkan anak.

· Ibu juga dilarang memikul batu kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lumpuh. Tidak boleh menanam pokok pisang kerana dikatakan perbuatan ini boleh menyebabkan anak berkepala besar yang luar biasa.

· Ditegah menyusun tempurung kerana dikhuatiri anak yang dilahirkan akan botak kepalanya.

· Ibu mengandung juga tidak boleh membiarkan anak-anak melangkah perut kerana dikhuatiri anak akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan. Dilarang tidur pada waktu tengah hari kerana dikhuatiri kepala anak yang bakal lahir akan menjadi besar.

Selain pantang larang yang dinyatakan di atas terdapat beberapa pantang larang lagi yang bersangkut dengan suami kepada ibu mengandung:

· Suami kepada ibu mengandung pula dilarang meniup seruling atau alat bunyi bunyian kerana dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sentiasa menangis.

· Suami juga dilarang menyembelih ataupun pergi memburu binatang kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir cacat anggota badannya.

· Suami juga dilarang memukul, membunuh binatang seperti ular dan sebagainya kerana dipercayai anak yang lahir akan cacat atau kenan binatang tersebut.

Saturday, September 3, 2011

Alhamdulillah...SeLaMat Hari RaYa AidiLFitri 2011!

Salam semua!

SeLaMaT HaRi RaYa AidiLFitRi 2011!!!
Zira mohon maaf jika ada terguris dengan kata-kata..
termarah ker..tergumpat ker..terjeling ker..hheheehe
MaaF ZaHir & BaTiN ya...


Alkisah kami beraya pada tahun nie...
Meriah gak coz dapat berkumpul dengan seluruh family..

Bergambar dengan bebunga tuk pusara
AYAHANDA,NENEK & PAK NGAH...
AL-FATIHAH...


TARRRAAAAAAAA!!!!!!
Nie dia mY HuBBy jantung hatikU!
Bergambar bersama pada raya pertama kami
pada tahun pertama kami bersama ^^

~MY HAPPY FAMILY~

~Mak Shima & Adik-beradikNYa~

~FAMiLY MAK TEH~
_________________________________________________

Pabila kami berkumpul...
Beginilah..bermaaf-maafan antara kami...
dan acara membahagikan duet raya!



Thanks korang coz balik raya pada tahun nie!!!
Happy sgt3x... ^__^
Sorry x dapat bawa korang main bowling...
Kak long bussy beraya tahun nie..
al-maklum ler raya pertama kami...
Next time yer bebeh!!!!

Friday, August 26, 2011

Iftar at AFAMOSA Resort

Sekali lagiiii
Taraaaaaaa!!!!!!!!

Today kat sini lah kami berbuka bersama tuk terakhir kalinya pada tahun nie..
Di sponsor lagi...alhamdulillah...rezeki kami..hehehhe =)))
Thank you so much to Dato' Abd Ghafaar Atan!

Kenangan kami bersama pada tahun nie...




Dannnnnnnn......alkisahnyer......
Kelakar lor...hehehhe..ingatkan dapat duet raya tapi kad raya!
pe2 tq2x First Time kami dapat Kad Raya!


Wednesday, August 24, 2011

Happy Birthday Pn Zarith Suraya!


Happy Birthday to Pn Zarith Suraya Binti Mohd Zahar!
May ALLAH Bless U!
May All your wish & dreams come true!
Thanks for being my very best friend!!!
Forever n ever.. ^_^




Sunday, August 21, 2011

Rambut oh rambutku!

Selamat petang semua!
Topik hangat petang nie mengenai zira nak potong rambuttttt!!!!...


rambut zira sekarang macam lisa! semuanya macam lisa lah..
hahaha..memerasankan diri nampak..kihkihkih..^_^
jangan marah u all!

Zira nak tukar imej baru macam gini dan bawah nie ha...
Ok tak?
Kawan2 semua nasihatkan supaya x gunting rambut..
Tapi zira panas dan rimas yang amat!
Zira dah kira lagi 6 bulan tuk zira bersalin..
Maknanyer rambut leh panjang balik masa 6 bulan tu..
hehehhehehhe =p


Saturday, August 20, 2011

Keriangan Iftar bersama!!!

Morning u all!!!
Just nak share ngan u all about yesterday...
Kami yang terlepas dari genggaman suami masing2...
hehehhe..x ade ler.. =))
Just nak share keriangan kami berbuka bersama pada tahun ini..
Kamilah staff Maybank Alor Gajah
yang sentiasa bersama..happy go lucky & Friendsss forever =))


taraaaaaaa!!!! nie dia aktiviti kami After Iftar!!!
Keriangan yang menjadi2..hingga lupakan ape yang de di rumah..huhuhu =))
Gelek2 kak gelek inul!!!
go girl! kihkihkih =))



Iftar at EQ hotel!

Taaaaarrrraaaa!!!!
nie dia tempat tuk kita berbuka tuk hari nie...
memang best berbagai2 pilihan makanan!
Di SpOnsor oleh Dato' Md Din (utas travel)...
Alhamdulillah...
Hampir tiap2 tahun Dato sponsor..
Thank you so much Dato!


Friday, August 19, 2011

Waaaarrrrrrrgggghhhhhh!!!!

Today not in good mood!
Ada salah faham antara aku dan adik nie..
i'm sorry yup!
Tak diberitahu hal yang sebenar..
Tu yg melenting tak tentu pasal..
aku nie cuma rasa serba salah kat seorang akak nie..
tu yang aku marahkan adik nie..
Apa2 pun aku marah hanya tadi..
tak simpan pun dalam hati nie..
x salah rasanya lau aku jujur bagitahu yang sebenarnya
walaupun pahit tuk dia terima..

Wednesday, August 17, 2011

18.08.2011


Selamat Menyambut Hari Kelahiran bagi semua yang menyambutnya pada hari nie..
18.08.2011
Semoga dimurahkan rezeki & DIPANJANGKAN UMUR!


Kasih Ayah Kekal Abadi (18.08.1958-Birthday ARWAH ADZMAN B AHMAD)

Masih terasa dalam hati ini
Walaupun AYAHANDA telah pergi meninggalkan ku selama 6 tahun
Terasa didalam hatiku
Betapa jasamu selama ini
Hingga kini kurasakan bimbinganmu
Untuk bekalku dihari nanti

Terima kasih kuucapkan
Pada ayahku tersayang
Atas semua Pengorbananmu selama ini
Membesarkan kami & mengajar kami tentang kehidupan.
Kehidupan kanak2 yang begitu gembira dan indah.
walaupun dirotan x menghafal sifir
Aku rindukan semua itu!
Apakah arwah tahu aku merinduinya???
Aku terlalu merinduinya dan akan merinduinya sepanjang hayatku!

Ayah,
Along rindukan gurau senda ayah..
Rindu ingin memelukmu,
dan merasakan belaian lembutmu
yang tidak pernah lagi along dapat setelah ayah pergi.
Tiada siapa yang dapat gantikan Ayah.
Tak sama dengan kasih sayang ayah berikan pada along.

Ayah,
Along rindukan masakan ayah..
masih segar dalam ingatan kenangan kita memasak bersama..
spaghetti meatball??
Along ingat lagi ayah bersemangat tuk masakkan kami resipi baru ayah tu..
waktu family gathering..
masa tu malam raya 2 kan ayah..
Along amat rindukan waktu itu!
Dapat2 nak raya nie ayah!.

Ayah,
Walaupun along mampu tersenyum, tergelak setiap hari..
disudut hati kecil along sentiasa menangis rindukan ayah!
Memang nampak along tabah tapi sebenarnya hanya ALLAH yang tahu.

YA ALLAH!
SAMPAIKANLAH SALAM RINDUKU PADA ARWAH AYAH..
SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMATMU YA ALLAH..
AL-FATIHAH!




Tuesday, August 16, 2011

hehehe ^_*

Hye3x...Hari nie zira happy lagi..
Alhamdulillah..Thanks ALLAH..
hehhehehe ^_^...
Bukan ape pOn cuma gembira lak dapat customer yang baik sangat2!!!
lagi satu,susah sekarang nie zira nak dapat lead..
Al-maklum jelah dah jadi mak buyung nie ha..
dan dapat2 bulan puasa & raya...
Mula2 tu,rasa macam tak yakin coz customer kata manager CIMB offer dia..
sedih gak masa dia cakap tu...
tapi syukur sangat..rezeki nak raya n rezeki baby..huhuhu..
Akhirnya customer tu sign gak 200k..yang lagi 200k harap esok jadi lah.. hehe..
customer tu kata nak jumpa zira esok pagi kt bank!..insyallah..
Lau ada rezekinya x kemana kan2x..
Nape zira nie tiba2 semangat cari lead nie..
bukan apanyer.pikirkan branch x da figure dan semangat officer yang sporting dah kembali bekerja iaitu Pn Zarazila.hehehe (^_*)..Bila HATI IKHLAS PASTI DIBALAS!!!
seperti kata ustazah Siti Nor Bahyah..kuikuikuiii..
okla, GoOd nite everybOdy!!!
esok nak bangun awal de exam lak tu..buku x baca langung..
Jawab pakai dadu lar..kihkihkih


Monday, August 15, 2011

Syukur dengan nikmat ALLAH..alhamdulillah!

Hari ini zira berasa teramat bersyukur kepada illahi..
Alhamdulillah!!!...
Firstly, dapat something lagi (secret x ley bagitahu korang..he3) dari Ex Officer zira...
Pn Suzana Abu Zaharin...
Walaupun kita dah x sama opis akak tetap ingatkan nurul...Terharunyer!!!
Nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga dari hunjung rambut hingga hujung kaki...
i love u so much kak!!!!...
taraaa...nie dia Pn Suzana Abu Zaharin...
Zira actually seronok sangat bekerja dengan Pn Suzana nie..
Dialah yang mengajar tentang kehidupan bekerja di Maybank nie..
Dia juga yang mengajar zira dari seorang yang pendiam hingga menjadi seorang dikenali gak ler..
x lar famous sangat..tapi ramai gak customer..kira top lead gak..hehehhe...
thank you so much kak sue!

Yang Keduanya lak, zira dapat berita dari kak ain (dia pun ex staff maybank alor gajah)hehe..
Dia ucapkan congratzz kt zira coz zira dapat 'Best Service Staff Award!'....
Macam x percaya jew..tapi management dah bagikan..huhuhu ^_^..
Akhirnya penat lelahku telah dinampak oleh management..

Sebenarnya banyak perkara yang zira tak puas hati..
Tapi zira ingat pesan Mak shima, biarlah dorang nak buat pe long asalkan ko buat jer ape yang dorang suruh...Baiklah mak shima...zira ikut semua tu tapi mulut zira bising ler..
Zira akan sindir dorang dulu tapi kerja yang dorang suruh buat tetap zira buat..

Tapi ada seorang pegawai tu, zira dulu jadi asisstant dia..tapi sekarang x lagi..
Tahu tak kenapa??..Zira x happy kerja dengan dia..
Dia x hargai apa yang telah kita lakukan tuk dia..
Dan x selamat pun kerja dengan dia..dia akan blame kita balik..
Dan yang x tahan dia kuat menyampai..
Abis satu melaka or dunia dia nak kecohkan..
Ada satu hari tu, zira duk sibuk kat kaunter..Dia telefon zira minta tolong..
Masa tu zira tengah attend customer so zira minta lar seseorang tolong jawabkan..
So dia dah pesan kt orang tu..tapi orang tu x paham pe yang dia cakapkan..
Orang tu suh zira telefon balik makcik tu..tapi nak dijadikan cerita zira terlupa nak telefon..
So, nak tahu x ape tindakan makcik tu?..dia message zira ucapkan terima kasih banyak2...
Apa motif dia sebenarnya??? sakit hati??
Dahlar zira bertungkus lumus gak tolong dia uruskan preparation tuk gi marketing tu..
Ntahlar...macam gini balasan dia tuk zira?? cerita nie dah lama sebenarnya..
Cuma nak luahkan pe yang terbuku..Sehingga kini zira sukar tuk memaafkannya..
Bak kata mak shima mungkin pembawakan budak tu yang ko x sukakannya..Ntahlar..
Harap2 lepas dia pindah nanti dia akan berubah..Hopefully dia jangan kerja lepas tangan lagi.. Untuk kebaikkannya juga kan!..
Satu lagi, de mamat nie..hampir semua orang dalam bank x sukakannya!
Asyik2 panggil meeting, tapi conclusion nyer x ada langsung...
kerja dia membantai n berleter je...masuk2 kerja je cari kesalahan orang..
sindir sana sini..tapi dia?? kerja dia?? hancusss..semua orang yang buatkan tuk nya!
apa salahnya berikan kerjasama..
Sama2 turun padang!
Nie langsung x bagi benefit pun kat bank tu!..
kitorang leh kerja dengan aman kalau dia x ada!
Tapi yang nampak sangat ketara apabila dia tercampak kt tempat kami nie..
Branch kami x sehebat dulu..makin menurun jer prestasi kami..
Dimanakah silapnya...Sendiri lar yang menilainya!!!

Oklah, banyak sangat luahan hati nie..
Boleh dibawa kemati lar..huhu..
Setakat ini je la..ok..
My hubby dah ring3x nie...
tatatititututut!







Sunday, August 14, 2011

Pemilik Darah B

Darah B kepunyaan HoT MAMA dibawah ini:
Pn Zarith Suraya!

Sifat2 Darah B:
1) Sempoiii...anda lebih suka kesederhanaan!
2) Terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara..(betui3x!!!)
3) Anda lebih gemar melaksanakan tugas anda dengan cara tersendiri..
3) Fleksibel & Kreatif???
4) Seorang yang bijak bersosial..(campak mane pun leh hidup!) kihkihkih
5) Gemar berdikari (100% i agreed!)

Teori Dr. Peter J.D'Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Ciri khas golongan darah B:

  • Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
  • Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
  • Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.

Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak

Menu diet yang harus diikuti:

Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak

Snek: Jus anggur

Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba

Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba

Makan Malam: Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba


Resipi turun temurun : Kuih Gula Melaka (Ondeh2)

Salam semua!
Petang nie, zira nak berkongsi resipi turun temurun...kihkihkih ^^
Bak kata mak Shima, malu jew jadi orang melaka tapi x tahu buatnyer...
huhuhu..sindiran mak shima tuk zira ler! ^_^
Resipinya ialah Kuih Gula Melaka @pun dikenali oleh kami ONDEH2..
Agaknya macam rupanya ek???
macam kat bawah nie..(tapi gmbar nie bukan yg zira buat) search kt tenet..
zira x sempat nak snap gambar yang zira buat!
x pelah next time ye baby2 semua..hohohoo..
Bahan2 yang diperlukan :-

1) Tepung Pulut (sepeket)
2) 2 sudu tepung gandum
2) Kepingan Gula melaka
3) Kelapa parut
4) Air suam2 kuku..hihihi ^^
5) Garam secukup rasanya
6)Daun Pandan yang dikisar halus jeew...

Cara-caranya:-
1) Gaulkan tepung pulut dan 2 sudu tepung gandum dengan air.
2) Masukkan air suam2 kuku ke dalam daun pandan yang telah dikisar halus itu...
3)Kemudian masukkan air pandan itu tadi ke dalam tepung yang digaulkan tadi..
4) Ambil adunan tepung tadi untuk dileperkan..
5) Masukkan kepingan gula melaka yang dipotong dadu itu..
6) Gentelkan menjadi bulat
7) Jerangkan air dalam periuk sehingga mendidih
8) Masukkan kuih tadi ke dalam periuk dan kemudian angkat kuih itu apabila ia timbul.
9) Angkat, sejat dan dibiarkan seketika
10) Terakhir sekali, gaulkan kuih tadi dengan kelapa parut yang diletakkan sedikit garam..
SELAMAT MENCUBA KAWAN2!
Amat mudah disediakan dan kos yang murah! hehehhe =p




Saturday, August 13, 2011

Hye dear...this is story about my favourite artist!
Lisa Surhani & My Cute Mia Sara...
hehehehe...speaking lak bila bergosip...
Mereka berdua memang cantik & comel kan???...
Kebiasaan hari ahad nie kita x sah kalau x tengok melodi yang panas tu...
hehehhehe... ^_^
Yang buat zira semangat nak tengok melodi tu coz tajuknya lisa surhani dah berubah!
Betul ke? Dia berubah coz dah bersama yusry ke??
Hopefully lisa still the same!!!...
Cerita pasal mia sarah...Suka sangat tengok dia...muka yang comel & pandai berlakon!
Actually zira baru saje minat dengan budak kiut nie...
Waktu tu zira tengok wayang cerita sekali lagi cinta!
memang kiuttt sangat dia berlakon!
Dan masa zira tengok cerita tu,terdetik lak nak dapat anak macam mia sara...
seminggu lepas tu zira di sahkan mengandung...
alhamdulillah...aminnnn....
Tapi yang paling best sekali pabila my hubby belikan CD cerita tu.. Thank My B!
walaupun dah tengok kt wayang, i n my hubby suka layan cerita tu sampai lar niee...
kiuuutttt sgt!!!!


Sifat ku yang berdarah A!

~DARAH A~

Sifat yang ada pada orang yang berdarah A :
1) Golongan A seorang yang penyabar tetapi serius (berkepala dingin).
2) Seorang yang tegas & mudah dipercayai akan tetapi keras kepala.
3) Melakukan sesuatu perkara dengan berfikir dahulu dan merencanakannya.
4) Kelihatan menyendiri dan jauh dari orang ramai.
5) Berusaha membuat diri mereka sewajar dan ideal mungkin.
6) mencuba menekan perasaan mereka dan kerana sering melakukannya mereka terlihat tegar. Meskipun sebenarnya mereka mempunyai sisi yang lembek seperti gugup dan lain sebagainya.
7) Cenderung keras terhadap orang-orang yang tidak sependapat. Makanya mereka cenderung berada di sekitar orang-orang yang ber'temperamen' sama.
8) Seorang yang penyayang & kuat bekerja
9) Mesti memperbanyakkan makan sayuran & buahan.
10) Mudah diserang sakit jantung, kanser & diabetes

Ciri khas individu jenis darah A:

  • Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
  • Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
  • Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
  • Mengurangkan stress dengan bermeditasi, atau berolahraga
  • Cukup beristirehat

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Air putih dicampur jus limau nipis dan oat

Snek: Jus anggur / kopi

Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba

Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau

Makan Malam: Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba